Learn From Past ( Terkunci )


.
Assalammualaikum -
~ Ohaiyokk ~
Kadang kadang bile kita buat sesuatu, kita fikir kita pasti tidak akan menghadapinya lagi. Yela siapa suka dapat pengalaman perit kan. Sama ada awak saya atau kita pasti tak suka menghadapinye kan. Tapi Alhamdulillah from that past, we learn how to facing it. 
.
.
Sebagai contohnye tadi. Aku nak mandi. So aku bersiap siap dah bertuala nak pergi mandi, bila keluar je bilik, pintu teros terkunci. Pehh pintu bilik aku memang direct kunci dari dalam. Aku dah la tak bawak kunci. Yela. Nak mandi. Ape lagi. Malas ler nak bawak. Handphone? Lagi la tak ada. Gila ke nak bawak handphone masok bilik air. Takkan nak bawak handphone masok toilet kot. Nak selfie kah? Tak kan. So jadikan cerita, aku pon tak cakap lebih, aku teroskan je la mandi. 
.
.
Lepas mandi, aku fikir cara macam mana nak masok ni. Kunci tak ada. Aku nak minta pinjam kunci housemate aku ni memang aku tau kunci diorang tak sama. Tapi aku harap diorang bantu aku solve kan problem aku ni. Tapi aku pinjam la jugak kunci diorang. Lepas pinjam, diorang tak tanya pape pon. Tak pe la. Aku fikir la cara lain. Aku teringat video cara nak bukak pintu aku penah tengok kat youtube. Tapi emmm barang pulak tak ada.
.
.
Pikir punya pikir, aku dapat ilham guna cara aku pernah buat kat politeknik dulu. Sebab pintu kat poli dulu lebih kurang je macam pintu bilik aku. Tapi yang beza nya aku penah buat kat bilik aku ni dulu tapi hampeh tak jadi. Dah banyak kali dah aku buat sebelum ni sebab aku penah jugak kene macam ni sebelum ni. So kali ni aku try lagi. Aku cuba lagi. Barang yang aku kene pakai pon tak banyak. Sikit je. Just ada botol dengan gunting je. Tak pon pisau.
.
*ni la hasil dari botol aku buat tadi
.
So aku pon cari botol yang ada kat dapur. Aku tak nampak botol besar kat dapur. Tapi teringat aku ada botol besar tapi ada air dalam nye, tapi tak banyak pon yang tinggal. Aku asingkan. Yela mana tau tak boleh bukak, air tu aku jadikan untuk air bebuka aku je la. Dah asingkan air, aku pon potong botol tu, aku potong jadikan macam penanda buku. Macam kat gamba tu. Lepas tu aku pon try la.
.
 *pintu tu ni masih ada ruang 

*pintu tu ni tak ada ruang 
.
Mula mula buat tak jadi. Almaklum pintu tak rapat sangat, so aku fikir peluang nak buka tu ada. Apa yang kene buat, botol dah potong tu, aku kene jolok dekat celah celah pintu. Dan pastinye dekat dengan tombol pintu tu. Buat punya buat, aku TER tarik pintu tu, dan pintu pon tak ada ruang nak bukak. Tapi aku cuba lagi. Aku cuba dan cuba, aku pon hampir give up. So aku cuba jolok lagi dalam dan aku cuba tolak pintu sikit, Alhamdulillah misi selesai. Aku berjaya bukak pintu bilik. Masok masok je,aku siap siap pakai baju sume and, aku pergi solat. Yela. Tadi dah masok asar, so bila dah bejaya tu, aku cepat cepat solat. Malas nak lengah lengah sebab masa terkunci tu, aku doa pada Allah, 
.
"Ya Allah, pintu bilik aku terkunci ni Ya Allah. Bantu lah aku Ya Allah. Aku solat pon belum Ya Allah. Kau bagilah idea bagaimana aku nak masok ke bilik ni Ya Allah. Kau bantu lah aku Ya Allah."
.
Ni la doa yang aku mohon pada Allah. Alhamdulillah dengan ilham aku dapat, aku berjaya bukak pintu bilik aku. Semuanya atas pertolongan ilham daripada Allah. ALHAMDULILLAH.
.
*ps: kalau masih tak jelas, korang boleh cari kat Google, pintu terkunci. And cari cara macam gamba pertama aku guna tu untuk tajok entry aku ni. Hehe

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Hilangkan Bau Cili Giling / Cili Boh