Hikmah Balik Kampung



- Assalamualaikum -
~ Hai Guys ~



Kadang kan bila sesuatu yang jadi kat kite, biasanye kite mesti cepat kalah. Sindrome down. Hahahaha. Tapi kan kadang kadang perasan tak kite bende yang berlaku tu mesti ada hikmahnye. Contohnye la kan. Kita nak beli barang online ni. Uishhhhh murah dan lawa beb. Harga pon cantik. Dan kite pon beli la. Sebelum nak beli tu, ada terbaca orang marah marah dengan peniaga tu sebab lambat tu la ni la. Tapi kita ignore. Kita anggap tu masalah dia. Dan kita pon beli laa.. Dah bayar dah mesej penjual tu, kita kene block pulak. Dah pulak masalah timbul. Menyesal tak percaya dengan komen orang sebelum. Dekat situ pon kita pon down. Marah tak tentu pasal. Menangis sebab duit dah melayang ke orang lain.

Tapi kan, segala ape yang berlaku tu semuanye ada sebab. Apa sebabnye tu, hang pikir la sendiri. Hang punya, tak kan chek nak kene pikiak pulak kan. Bantu? Chek tak reti nak bantu orang dehhh. chek ni orang jahat orangnye. Hahahaha. 

Sebenarnye kan, minggu lepas aku baru je lepas balik kampung. Tapi desebabkan adik aku punya pasai, minggu ni, aku kene balik kampung sebab adik aku paksa aku balik kampung amik kasut futsal dia. Yela aku ada cuti 3 hari. So dia pakse aku balik kampung dan amik kasut dia sebab dia ada tournament jumaat malam sabtu. Malas betol nak balik. Penat doh. Tapi tak pe la, aku gagahkan diri aku balik kampung. 3 jam pon 3 jam la aiiii.. 

Ni halaman belakang rumah aku. Ni Kalau buat rumah ni boleh buat 2 ni. Luas tu. Tapi ni la tempat project Lada akan berlaku. Next time, aku akan buat entry tentang project Lada tu. hehehe

Disebabkan aku cuti 3 hari, so esok aku baru balik Selangor semula. Tapi kan, aku tak sangka pulak. Rupanye ada hikmah disebalik aku balik kampung ni. Hari ni aku bantu ayah aku bina reban ayam. Bantu punya bantu, ayah aku dapat call pulak. Call daripada orang yang bawak barang project Lada ayah aku. Banyak jugak la. Kalau buat sorang memang tak larat la der. Penat beb. Tapi ada jugak la jasa aku kat kampung ni. Dapat jugak la aku bantu buat keje keje berat tadi.  Hahaha.

Ni lah hikmahnye bila aku fikir kenape aku kene balik walaupon aku malas nak balik kampung. Rupanye ada hikmahnye. Aku kene bantu parent aku kat kampung ni. Hohoho.

Tapi esok lepas solat jumaat, aku kene balik cepat. Kang sampai lambat kang, mengamuk si budak kecik tu. Kang maki maki pulak dia. Hahaha. 

Okey la. Need to go. Kucing kucing aku dah bising ni. Nak kene bagi diorang makan dulu. Hahaha. Bye. Assalamualikum.



 ni la lori yang bawak barang barang project Lada ayah aku tu. banyak gile beb. Haha.

Comments

Eeiou _ said…
Hom many kucing do you have? Niceeeee!
Mr. Saboler said…
Totally yang ada kat umah ni tinggal 5 je. Hehe.. cat lover jugak ke? Hehe

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^