Listen, Watch and Learn

.
.
-Assalammualaikum-
~Hye guys~
.
.
Anda mempunyai masalah dengan laptop/ desktop anda? Mempunyai banyak virus dalam laptop/ desktop anda? Tahu apakah yang patut anda buat dan guna? Tak tahu apa yang patut anda lakukan? Saya syorkan anda format sahaja laptop/ desktop anda itu. Tak mahu format? Jadi anda mahu laptop/ desktop anda bertambah rosak? Tahukah anda dalam beberapa saat sahaja, virus yang ada dalam laptop/ desktop telah menyerang data utama anda. Sudah tentu bila anda menyimpan file anda ke tempat lain, pastinye virus itu akan menyerang di tempat itu juga. Jadi saya sarankan anda format sahaja laptop/ desktop anda.
.
.
Sorry guys. Aku bukan nak promote pasal komputer ke ape. Oleh kerana aku lebih kepada IT, so aku saje je la buat iklan yang selalu orang ada masalah dekat situ. Dan semestinye bila korang tanya pada seseorang tentang masalah komputer korang, korang akan dapat jawapan lebih kurang macam tu. Begitu jugak di kedai. Sama je jawapan korang akan dapat. Format la. Tukar barang ni la. Tukar itu la. All the same thing the answer that you will get. Always same. Kalau tanye yang tak seberape tau sangat bab komputer, lagi la jawapan dia bagi. Confirm format punya la.
.
.
Tapi apa apa masalah korang hadapi, In Syaa Allah, ada penyelesaiannya. Bila korang ditimpa masalah, cuba cari dulu penyelesaian nye. Jangan teros tanya orang. Cari dan belajar cara nak selesaikannye. Aku bukan nak cerita pasal komputer ke ape. Yang aku benggang tentang manusia ni, bila ada masalah je, dia tanye dan dia tak mau belajar cara nak menyelesaikan masalah tu. Lepas tu bila masalah tu timbul, dia persalahkan orang tu.
.
.
Sekarang dah mudah. Cari je dalam google. Banyak je orang hadapi masalah sama. Dan banyak je orang dapat selesaikan masalah tu dengan cara sekian sekian. Dan kita baru je menghadapi masalah tu, cuba belajar cara nak selesaikan masalah tu. Kalau tak tau jugak, tanya orang macam mana nak selesaikan. Tapi bila dah tanya orang tu, jangan teros buat. Ce fikir cara dia tu semula. Baik ke buruk. Dan bila buat sesuatu tu, cuba yakin dengan diri sendiri. Jangan lemah semangat bila hadapi masalah tu. 
.
.
Tak kira lah masalah itu bukan dalam bidang kita. Tapi belajar la. Jangan duduk tercongok je. Bila orang cakap, kita just dengar dan ye kan je. Tapi tak tau ape bende tu. Selagi kita masih bernyawa, cuba belajar sesuatu ilmu tu. Jangan mengeluh. That why la, people nowadays easy to fool by the other people. Sebab tak tau dan tak mahu tahu bende tu. Dan bila dah tahu, tak nak belajar lagi dan lagi tentang ilmu tu. Bila someone tanya tentang masalah yang tu, sekurang kurangnye, kita boleh jawab. But soon, bila datang seorang yang kurang ilmunye, fight dengan kita pasal ilmu yang kita ada tu, dia pasti akan cakap cara dia betul, walaupon kita tau salah caranya tu. Tapi jangan fight dia, dan balas la dengan lembut dan fikir jugak cara dia. Kadang ape yang dia cakap betul. Kita punye cara pon betul. Jangan herdik orang dengan ilmu yang kita ada. Tenang je. Dah tau, balas dengan tenang. Sebab itu lah aku cakap, dah tau sesuatu ilmu, belajar lagi dan lagi. Jangan duduk tercongok je. Tak kan datangnye ilmu tu. Dan jangan cepat mengalah okey.
.
.
Sekali lagi aku nak ingatkan sebelum aku nak end my speech, please listen, watch and learn. And jangan mengharapkan bantuan daripada orang. Please use your powerful brain. Dont be so stupid okey. Okey lah. I need to go now. Bye. Assalammualaikum. Hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks