Admin Masok Surat Khabar..


Assalamualaikum..

weeeee... admin betol betol epi beb.. asal admin epi gile?? sebab nye 1 je.. admin baru first time masok surat khabar... hehehe..  sebab tue la admin epi gile.. hehehe.. siyes epi.. haaa.. korang nak tau admin yang ner???  admin yang dok barisan hadapan skali.. yang pakai baju puteh tue le.. hehehhe.. siyes admin epi gile.. hehehe..

SEBAHAGIAN penuntut Politeknik Muadzam Shah menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia selepas majlis pelancaran 1M4U di politeknik tersebut di Rompin, Pahang, baru-baru ini.
KUANTAN 18 Dis. - Politeknik Muadzam Shah (PMS) melancarkan 1Malaysia for Youth (1M4U) bagi menyahut seruan kerajaan untuk menyemai semangat sukarela di kalangan belia.
Pengarah PMS, Norlida Abd. Razak berkata, 1M4U ini dilancarkan bertujuan memastikan pelajar melibatkan diri dengan kerja sukarela bagi melahirkan graduan berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan pasaran.
"Gelombang sukarela di negara ini mempunyai masa depan yang cerah jika semua pihak mengambil tanggungjawab untuk membudayakan semangat itu secara serius.
"Ia selaras dengan Pelan Transformasi Politeknik yang menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus lepasan politeknik mendapat peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian," katanya di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, PMS juga merangka pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membina budaya sukarela serta menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan bertanggungjawab di kalangan warganya.
Katanya, cara pemikiran yang betul terhadap konsep dan maksud sukarelawan yang sebenar menjadi aspek utama dalam perubahan sikap seseorang individu itu.
"Tanggapan yang hanya mengaitkan sukarelawan dengan bencana alam seperti banjir sahaja perlu dikembang lagi kepada skop seperti melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah orang tua, melibatkan diri dalam program gotong-royong dan sebagainya lagi," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

Pengalaman Menjadi Ahli Geng Kaki Seks