Project Menghafal Al-Quran Semula


sudah beberape tahun aku meninggalkan hafalan aku sejak aku berhenti belajar di sebuah Maahad Tahfiz pada pertengahan tahun 2004 semasa aku tingkatan 2.. aku bukan sengaja nak melupakan hafalan aku tue.. tapi sejak aku keluar daripada maahad tue, aku teros tak ingat pape melainkan surah pendek pendek je.. bukan disengaja kan tak ingat.. tapi memang aku tak ingat langsung..

aku bukan tak pernah nak cuba mengingatkan semula bacaan hafalan aku tue, tapi dulu aku bersemangat gile gile tapi tak boleh jugak.. semase kat poli dulu, aku pernah cube jugak menghafal semula.. tapi hangat hangat tahi ayam je.. kejap je aku da tak menghafal semula bacaan aku tue..

tapi kali nie, aku betol betol serius menghafal Al-Quran.. aku nak ingat balek bacaan aku dulu tue.. aku tak nak lupe.. aku risau dengan azab Allah S.W.T.. sebab ada beberape hadis dari Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. ada mengatakan tentang orang yang lupa hafalan Al-Quran..

"Dipaparkan dosa umatku, dan tidaklah aku lihat dosa yang paling besar dari surah dari Al-Quran atau ayatnya, seorang lelaki yg melupakannya"

"Barangsiapa yg membaca Al-Quran kemudian dia lupa, bertemu Allah di hari kiamat didalam keadaan badan yg hancur (atau leprosy - kusta)"

Berkata Al-Suyuti, Imam Al-Nawawi dan lain-lain bahawa kedua-dua hadith ini daif, dan hadith yg kedua lebih daif dari hadith pertama. Maka berdasarkan ini hadith daif tidak boleh dijadikan dalil.
Walaupun hadith yg menunjukkan azab Allah kepada mereka yg telah hafal Al-Quran dan melupakannya merupakan hadith-hadith daif (lemah), Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam fatwanya mengatakan :-
"Akan tetapi, keadaan mereka yang lupa akan Al-Quran setelah menghafalnya merupakan satu keadaan mazmumah (bad state), kerana sesungguhnya adalah nikmat besar bagi orang kufur (atheis), dan mereka tidak dikaitkan dengan orang yg Allah muliakannya itu orang yg menghafal kitabnya, sesungguhnya dia telah membazirkan nikmat dan kelonggaran Allah didalamnya sehingga ia menghilangkannya"

PS: buat pengetahuan korang, aku bukan sengaja melupekan bacaan aku.. tapi aku seperti hilang ingatan selepas aku keluar daripada maahad tahfiz tue.. tapi kali nie, aku betol betol berazam aku nak menghafal semula bacaan Al-Quran yang aku telah lupakan.. dan aku mohon pada korang jugak, doakan aku agar aku dapat menghafal semula bacaan Al-Quran aku dulu tue.. hehehe.. ;)

Comments

Popular posts from this blog

Plan Maxis Free Basic Internet

Maxis Free Basic Internet V2

First Day At New Place ^u^