Hebat Gile Kerete Mampu Membaca Pikiran Manusia
TEKNOLOGI automotif dibangunkan untuk mencipta
persekitaran pemanduan yang lebih selamat di jalan raya.
GENEVA, Switzerland - Gergasi automobil Jepun, Nissan dan sebuah
universiti di Switzerland sedang membangunkan kereta yang mampu
mengimbas fikiran manusia dan membuatkan kenderaan tersebut bersedia
untuk langkah seterusnya.
"Ideanya adalah untuk menggabungkan kepintaran kenderaan dan pemandu
bagi menghasilkan persekitaran pemanduan yang selamat," kata profesor
daripada Swiss Teknologi Universiti EPFL, R. Millan.
Projek itu menggunakan penilaian aktiviti otak, corak pergerakan mata
dan pengimbas di sekeliling kenderaan menggunakan alat pengesan untuk
meramalkan tindakan pemandu.
Kenderaan itu kemudian akan bersedia membelok dengan memperlahankan
pergerakan jika perlu, atau berada sedikit ke kiri atau kanan.
Jurucakap EPFL berkata, penyelidikan itu mengambil masa selama empat
tahun. "Kami harap prototaip akan siap apabila tiba penghujung tempoh
itu," katanya. - AFP
Comments